Senarai Kelengkapan Untuk Umrah

ASSALAMUALAIKUM. Lazimnya, bakal tetamu Allah SWT yang pertama kali mahu berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah Umrah sering bertanya mengenai pakaian dan barangan yang perlu dibawa ke Makkah dan Madinah sepanjang tempoh beribadat
Sebagaimana lumrah, telekung dan kain ihram adalah keperluan yang tidak lagi perlu dinyatakan. Namun, jumlah pakaian, sama ada baju kurung atau jubah, baju tidur, tuala dan seluar panjang menjadi persoalan.
Namun tidak ramai yg bertanya sama ada perlu membawa peralatan mandian dan penjagaan diri ketika di Tanah Suci kerana menyangka barangan keperluan itu disediakan oleh hotel.
Jika anda bernasib baik, peralatan mandian tersusun rapi di dalam bilik mandi tetapi bersabar sahaja jika jangkaan anda tersasar kerana bukan semua hotel menyediakan keperluan seumpama itu.
Ada jemaah naik berang setelah mendapati hotel yg dihuni tidak menyediakan tuala, syampu dan sabun mandi. Sebaiknya bawalah segala kelengkapan itu dari tanah air jika anda kali pertama mahu menjejakkan kaki ke Tanah Suci
Antara keperluan yang wajar dibawa ke Tanah Suci termasuk ubat-ubatan dan suplemen, minyak angin, peralatan penjagaan diri seperti gunting dan pengetip kuku, kelengkapan mandian serta penyangkut pakaian.
Antara senarai keperluan yang perlu dibawa ke Tanah Suci
Bagi jemaah lelaki:
ihram (2)
tali pinggang
2 helai baju biasa
3 helai jubah/baju melayu
2 helai seluar panjang
2 helai kain pelikat
2 helai tuala mandi
sehelai tuala kecil
2 pasang stokin
selipar getah
kasut biasa
Bagi jemaah perempuan:
2 telekong
2 mini telekong
3 pasang jubah/baju kurung
3 pasang stokin
baju tidur
sarung tangan
2 helai tuala mandi
tuala kecil
selipar getah
kasut biasa
Barangan keperluan lain:
buku doa
penyangkut baju
gunting kecil
barang mandian
ubat-ubatan