Pengertian Umrah

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه أجمعين

 

1.  Rakaman yang pertama dari Siri Kursus Umrah dan Ziarah Persada Global Holidays ialah tentang Pengertian Umrah.

2.  Umrah ialah amalan mengunjungi Rumah Allah yakni Ka’bah dengan berihram untuk melakukan rukun-rukun dan wajib-wajibnya. Terdapat beberapa pengertian yang kami kumpulkan dari kitab dan kamus-kamus antaranya: 

2.1.    Dari kitab Tabsir al-Nasik bi Ahkam al-Manasik karya Abdulmuhsin al-‘Abbad. Kata beliau umrah dari segi Bahasa ialah Ziarah. Dari segi syara', umrah bermaksud: “Ziarah Al-Bayt Al-'Atiq (yakni Ka’bah) untuk tawaf dengannya dan sa'i antara Safa dan Marwah”. 


2.2.    Dalam kitab Al-Hajj Al-Mabrur oleh Al-Hakami. Beliau menyatakan bahawa Umrah ialah "Ziarah Baitullah al-Haram (yakni ka’bah) dengan cara yang tertentu”.


2.3.    Ahmad Hatibah dalam kitabnya Adab al-'Umrah wa Ahkamiha mengatakan bahawa menurut jumhur fuqaha: “Umrah ialah tawaf Baitullah (yakni ka’bah) dan sa'i antara Safa dan Marwah dengan berihram”.


2.4.    'Abdurrahman al-Ifriqi dalam Tawdih al-Haj wal-Umrah pula mengatakan bahawa umrah ialah “Ziarah Baitul Haram (yakni ka’bah) dengan cara yang tertentu dengan berihram, tawaf, sa'i dan mencukur atau pendekkan rambut kemudian tahallul”. 


2.5.    Dalam Al-Fiqh Al-Manhaji oleh Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha dan Ali al-Syarbaji, umrah ialah “menuju ke Baitullah al-Haram (yakni ka’bah) pada bukan waktu haji untuk menunaikan ibadah tertentu dengan syarat tertentu”. 


2.6.    Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat pula, umrah ialah “Ibadat yang mengandungi beberapa perbuatan (seperti ihram, tawaf, sa'i, dan tahalul) tanpa wukuf dan wajib-wajib haji”.


2.7.    Dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua, umrah ialah “Ibadat sunat yang terdiri daripada niat dan beberapa perbuatan (seperti ihram, tawaf dan sa’i) tetapi tidak melakukan rukun dan wajib haji”.

 

3.   Dari pengertian-pengertian tersebut, boleh kita fahami bahawa: 


3.1.    Umrah ialah sejenis ibadah yang melibatkan perjalanan menuju ke ka’bah, ihram, tawaf, sai dan tahallul.
3.2.    Ibadah ini ada yang mengatakan bahawa ia adalah ibadat sunat.

 

4.   Amalan ihram, tawaf, sa’i dan tahallul akan dijelaskan dalam rakaman yang akan datang in sha Allah.

5.  Sampai di sini sahaja untuk siri rakaman kali ini, dan hingga bertemu lagi pada siri rakaman berikutnya.

 

وبا لله التوفيق والهداية
و السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 

Saudaramu,
Abdullatef bin Alhadri
Persada Global Holidays, Shah Alam, Selangor, Malaysia

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Featured Posts

8 SEBAB KENAPA ANDA PERLU MENUNAIKAN UMRAH BERSAMA PERSADA GLOBAL HOLIDAYS

March 13, 2019

1/4
Please reload

Recent Posts

May 30, 2019

March 13, 2019

Please reload

Archive
Please reload

Search By Tags
Please reload

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

HOTLINE : 012 - 969 0949 /  012 - 625 0949012 - 649 6949 

 

PERSADA GLOBAL HOLIDAYS SDN BHD (KPK/LN 7934 | KPK/LKU 501)

25-3 JALAN ELEKTRON E U16/E DENAI ALAM,

40160 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN

OFFICE: +603-7734 4522

EMEL: info@persadaglobalholidays.com

LOT 312 TINGKAT 1, JALAN KEBUN SULTAN,

15350 KOTA BHARU, KELANTAN

OFFICE: +609-744 6949

EMEL: pghkotabharu@gmail.com

NO 18-02, JALAN DATARAN LARKIN 5, 

TAMAN DATARAN LARKIN,

80350 JOHOR BHARU, JOHOR.

OFFICE: +606- 264 4776

EMEL: johor.persadaglobalholidays@gmail.com

© 2023 by Shahir Ibrahim

Proudly created with Persada Creative

  • Black Facebook Icon
  • Black Twitter Icon
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon